Wednesday, October 15, 2008

Sudah jatuh dihempap tangga

Ibarat pepatah melayu tersebut begitulah juga nasib Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP). Persatuan tersebut dikecam kerana mengalami masalah kewangan sehingga tidak dapat membayar gaji pemain-pemain mereka selama 6bulan. Apa sebenarnya kemelut yang telah melanda pasukan dari Pulau Mutiara ini. Pulau Pinang pernah satu ketika menjadi antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia. Kini masalah kewangan datang melanda pasukan ini. Berita tentang masalah kewangan dari setiap pasukan negeri tidak pernah padam untuk setiap musim.
Setelah dihimpit dengan masalah kewangan, FAP berniat untuk menarik diri dari Liga Malaysia. Tetapi tindakan yang berat akan diambil oleh FAM sekiranya FAP meneruskan niat mereka menarik diri. Adakah pertandingan bola sepak diMalaysia adalah satu paksaan. Sekiranya FAP terpaksa meneruskan pertandingan bagaimana dengan beban kewangan yang sedia dipikul oleh FAP sendiri. Sepatutnya pihak FAM sebagai badan induk bolasepak negara perlu menyiasat dan membantu bagaimana untuk meyelesaikan kes-kes sebegini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm


Thursday, October 9, 2008

Peluang mat rempit ke Paralimpik

Bekas-bekas mat rempit yang cacat akibat kemalangan atau kanak-kanak yang cacat akibat kemalangan atau bermain mercun akan diberi peluang untuk menjadi atlit orang kurang upaya kelak. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengarahkan semua Jabatan Belia dan Sukan(JBS) negeri menubuhkan persatuan sukan orang kurang upaya(OKU) untuk mengenal pasti bakat sukan dikalangan OKU.
Mereka yang mahu menjadi atlit OKU mestilah mempunyai bakat dalam sukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan kelak. Terdahulu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah menyarankan 'mat rempit' yang cacat akibat kemalangan dan kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun disenaraikan sebagai OKU dan dilatih sebagai atlet paralimpik bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada negara.
Ini adalah satu langkah yang positif terhadap membela nasib golongan OKU ini dan membangunkan penglibatan golongan OKU ini didalam sukan sehingg ke peringkat tertinggi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive



Tuesday, September 23, 2008

Pelumba bermasalah

Pelumba A1 GP negara, Fairuz Fauzy berjaya memecahkan rekod legenda Formula Satu, Ayrtons Senna di Donington Park, London, minggu lalu. Rekod baru di litar tersebut ialah 1 minit 17.474 saat atau satu saat lebih pantas berbanding yang dicipta mendiang Senna 15 tahun lalu. Rekod lama bekas pelumba handalan dunia yang dicipta di lokasi yang sama pada tahun 1993 ialah 1 minit 18.029 saat. Fairuz yang diminta mengulas kejayaan itu begitu gembira degan rekod tersebut tetapi dia tidak langsung mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut.
Fairuz yang juga turut bersaing dalam Siri Dunia Renault menampakkan Malaysia sekali lagi bakal menghantar wakil mewakili mana-mana pasukan formula satu kelak. Kejayaan demi kejayaan dicipta Fairuz untuk membuktikn dirinya benar-benar layak untuk memandu kereta formula satu. Tetapi apa yang agak dikesalkan adalah masalah kewangan yang terpaksa dihadapi pemandu berbakat ini. Tidak seperti sukan lain yang mempunyai dana bantuan yang besar, Fairuz mengakui tidak mendapat sokongan kerajaan dan syarikat swasta untuk menaja beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Seharusnya bantuan-bantuan keatas sukan sebegini dikaji kerana kita mempunyai ramai pelumba-pelumba yang berbakat besar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive

Tuesday, September 16, 2008

Berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah

Niat dihati bukanlah untuk memperkecilkan negara kecil di Eropah ini. Slovakia menjadi pilihan pasukan bola sepak Malaysia untuk mengadakan siri ujian bersama 2 kelab liga perdana dan 3 kelab liga divisyen satu Slovakia. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adakah pasukan negara kita memperoleh nilai kebaikan yang tinggi dari siri ujian persahabatan ini.
Modal yang akan dilaburkan untuk pasukan negara kita kesana dijangka tinggi. Adalah lebih baik jika pasukan negara mencari negara yang lebih baik seperti Korea, Jepun atau Arab Saudi. Negara-negara ini sememangnya mempunyai kelab-kelab bola sepak yang telah menguasai kelab Asia yang lain.
Selain perbelanjaan yang lebih rendah, mutu bola sepak yang diperolehi adalah lebih baik. Adalah tidak berguna sekiranya pasukan negara mampu menang besar keatas kesemua kelab-kelab Slovakia ini tetapi pasukan negara masih ditakuk lama. Lebih baik bermain bersama kelab-kelab ternama walaupun keputusan yang diperolehi mungkin agak mengecewakan. Dari situlah kita mampu mengenal pasti kelemahan setiap pemain negara yang akan membawa cabaran di kejohanan Pesta Bola dan Piala Suzuki nanti.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

Tuesday, September 9, 2008

Bukan sukan kelas kedua

Ramai yang sedia maklum tentang berakhirnya Sukan Olimpik di Beijing seminggu lebih yang lalu. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang menyedari tentang bermulanya Sukan Paralimpik yang baru bermula pada 6 September yang lalu. Sukan Paralimpik ini telah masuk hari 3 sejak dirasmikan pada hari Jumaat yang lepas. Malah ada dikalangan peminat2 sukan mahupun pelajar sukan yang tidak tahu langsung tentang sukan ini.
Sukan Paralimpik seperti juga Sukan Olimpik mempunyai kelas yang sama. Kedua2 sukan ini melibatkan penyertaan dari peserta yang dianggap terbaik dari yang terbaik. Cuma atlit2 yang menyertainya sahaja merupakan atlit kurang upaya. Sesuatu yang dikecewakan adalah kurangnya publisiti atau rangkuman berita tentang atlit paralimpik kita yang beraksi, siapakah mereka dan apakah acara serta rekod terbaik mereka sehingga mereka mampu untuk membawa nama negara ke Beijing. Dengan cara ini juga secara tidak lagsung kita memberi mereka sedikit motivasi dan sokongan untuk mereka memberi yang terbaik mengharumkan nama negara.

Thursday, September 4, 2008

Duri dalam daging

Pada minggu yang lepas kita digemparkan dengan kisah tidak bermoral seorang pegawai sukan yang telah mencabul kehormatan seorang LO di satu kejohanan di Taiwan. Kes sebegini bukan saja memalukan malah mengaibkan nama negara kerana berlaku di luar negara dan dilakukan seseorang yang sepatutnya bertanggungjawab keatas kebajikan atlit. Sebaliknya pegawai ini mengambil kesempatan ke atas atlit2 di bawah jagaan nya. Apa yang membuat si pegawai ini sanggup bersikap sedemikian rupa? Adakah kerana taraf pendidikan yang tak mencukupi? Biler di fikirkan terasa pelik bagaimana orang sebegini terlepas kedalam sesebuah organisasi kerajaan. Tiada etika kerja langsung. Dan tindakan sewajarnya haruslah diambil oleh pihak berwajib dan masalah ini perlu diselaesaikan secepat mungkin. Jika kita mahu melihat pembangunan sukan perkara2 sebegini perlu di elakkan. Perkara begini lah yang menjatuhkan semangat dan keyakinan atlit untuk menabur bakti dan jasa kepada negara. Jangan jadi seperti pagar yang memakan padi. Tanggungjawab haruslah dipikul dengan penuh amanah.

Tuesday, September 2, 2008

SELAMAT BERPUASA

1 Ramadhan 1429. Selamat menyambut Ramadhan alMubarak. Selamat berpuasa selamat berbuka dan bersahur kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga ibadat puasa diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah..