Friday, August 29, 2008

TARIKH YANG DILUPAKAN (sekadar renungan)

Bagi warga Uitm apakah yang terpenting pada tarikh 26 Ogos tahun 1999. Mungkin tidak ramai yang tahu pada tarikh inilah Institut Teknologi Mara(ITM) menukar namanya kepada Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) diisyhtiharkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad. Adakah pengisytiharan nama ini tidak memberi sebarang erti kepada UiTM yang sudah wujud hampir 52 tahun bermula sebagai Dewan Latihan RIDA.
Seperti yang kita sedia maklum tiada sambutan mahupun sebarang peringatan terhadap tarikh ini malah hampir keseluruhan warga UiTM tidak mengingati dan mengetahui tentang pengisytiharan ini. Tarikh ini merupakan sebahagian dari sejarah UiTM yang telah banyak melahirkan graduan yang kini memegang jawatan penting didalam kerajaan dan syarikat gergasi. Apakah salahnya sekiranya satu acara memperingati diadakan sambil kita meraikan festival kemerdekaan dipadang kawad UiTM.
Diharap rencana ini dapat memberi pengetahuan kepada kita sebagai warga UiTM tentang sejarah2 penting UiTM. UiTM dihatiku....


Siapa lagi hebat??

Pada 23hb Ogos yang lepas berlabuhlah tirai liga bolasepak di Malaysia apabila pasukan Kedah sekali lagi memenangi Piala Malaysia untuk 2 tahun berturut2. Malah pasukan yang deberi jolokan Kenari ini membuktikan mereka terbang dengan sangat tinggi apabila berjaya menyapu bersih ketiga2 piala utama iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Juara Liga Super untuk tahun kedua berturut2.
Pada musim 2009 nanti Liga Malaysia mengalami perubahan kerana pemain import tidak lagi dibenarkan untuk bermain dalam liga tempatan. Keputusan ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana keputusan yang sama pernah diambil sebelum ini yang menyaksikan sukan bolasepak negara mengalami kemurungan.
Apa yang hendak diperkatakan adalah kejayaan jurulatih tempatan seperti Azraai Khor dan Dollah Salleh yang mampu membimbing pasukan masing. Adakah kejayaan tersebut hasil bantuan dari pemain import semata2 atau pengurusan yang sangat bijak oleh kedua jurulatih ini. Pada musim 2009 nanti kita akan dapat melihat sejauh manakah kedua2 jurulatih ini mampu membawa pasukan masing2 seperti sekarang atau ketandusan idea akibat ketiadaan pemain import. Sama-sama kita nantikan..

Friday, August 15, 2008

Kibarkan Jalur Gemilang

Setiap tahun di bulan Ogos ini akan bermulalah kempen kibarkan Jalur Gemilang. Bendera kebanggaan tanah air kita Malaysia yang akan menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008 ini. Bulan ini juga kita dapat melihat kemeriahan bendera2 yang dihiasi di bangunan pencakar langit di ibukota dan di setiap ibu negeri.
Tetapi ingatlah kita supaya mengerti erti kemerdekaan yang dicapai dan janganlah hanya menyambut sebagai satu pesta disetiap tahun. Bukalah minda kita sebagai anak2 melayu yang akan bertanggungjawab keatas hala tuju masa depan negara ini kelak. hayatilah kemerdekaan yang dicapai dan janganlah kita dijajah dengan budaya2 yang akan merosakkan diri anak bangsa kita. Kibarkan Jalur Gemilang dan hayatilah erti kemerdekaan.


Thursday, August 14, 2008

Malaysia tumpuan Asia Barat

Jika bersiar2 disekitar Bintang Walk pada bulan Julai sehingga September kita akan merasa seperti beada di negara Teluk. Ini kerana kebanjiran pelancong-pelancong dari negara Asia Barat yang semakin ramai mengunjungi negara ini setiap tahun. Malah terdapat sebuah jalan di Bukit Bintang yang telah diberikan nama Arab street untuk menarik minat pelancong ini berbelanja di Malaysia.

Kehadiran pelancong ini telah memberikan impak yang sangat positif kepada sektor pelancongan negara kita. Golongan pelancong dari Asia Barat ini merupakan golongan pelancong yang sanggup berbelanja mewah dinegara kita. Kebanyakan mereka sekarang berasa selesa untuk bercuti kerana merasakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan mudah untuk mereka mencari makanan halal serta keindahan tempat2 pelancongan di Malaysia.

Walaupun banyak yang telah diusahakan pihak kerajaan unutk memajukan industri pelancongan, masih terdapat sedikit kecacatan di dalam sistem pengankutan awam di Malaysia. Kebanyakan pelancong mengeluh dengan sistem kemudahan yang tidak selesa dan agak menyusahkan. Bukan sahaja kepada pelancong asing, malah rakyat negara ini sendiri sudah jemu dengan masalah yang seperti tiada penyelesaian. Diharap kerajaan lebih peka dengan isu semasa ini kerana masih ramai lagi masyarakat yang masih bergantung kepada pengangkutan awam ini.

Malaysia harus lebih relistik

Kekalahan beregu tua Malaysia seperti sudah diduga apabila teringkir seawal pusingan pertama kepada beregu muda Korea dalam pertarungan rubber-game yang menyaksikan mereka tunduk 22-20, 13-21, 16-21.

Kekalahan ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa beregu senior Malaysia ini sudah seharusnya bersara. Apa yang paling dikesalkan adalah faktor keadaan yang sebelum ini tidak diambil kira olah jurulatih2 Malaysia selepas kecedaraan yang menimpa Lee Wan Wah sebelum kejohanan olimpik ini bermula.

Tempat mereka ini sepatutnya boleh diisi dengan beregu yang meningkat naik dan berada di tahap prestasi terbaik iaitu Farizizuan Tazari dan Zakri Latif. Nyata sikap lebih mementingkan senioriti dan pengalaman lebih diutamakan sedangkan dunia badminton sekarang memerlukan pemain2 bersikap agresif dan bertenaga. Diharap dimasa hadapan persatuan sukan lebih realistik dalam menghantr pemain ke kejohanan besar dengan menili prestasi semasa daripada membawa kuda tua yang lebih kepada populariti sahaja.

Monday, August 11, 2008

Kite semakin ke belakang

Terkejut..itulah reaksi pertama diri ini selepas terbaca akhbar 3 ogos yang lalu. Sebagai orang yag terlibat dengan sukan dan akan menceburkan diri dalam bidang sukan di Malaysia ini, tindakan tersebut menampakkan negara kita ini seperti hilang punca. Ape yang cuba saya bincangkan disini adalah keputusan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) tidak lagi membenarkan pemain import menyertai Liga Malaysia untuk musim 2009 nanti. Apakah keputusan ini wajar atau kita terdesak untuk menaikkan taraf bola sepak kita.

Langkah yang sama pernah diambil FAM sebelum ini. Apa yang terjadi, Liga kita suram dan pemain tempatan masih tenggelam dengan permainan yang membosankan dan tidak bertenaga. Semakin jauh kebelakang ranking kita didalam FIFA. Semakin ramai peminat bola sepak menjauhkan diri ke stadium. Seperti tiada idea lain, keputusan ini sekali lagi dibuat. Apa yang difikirkan oleh pegawai-pegawai FAM yang kebanyakan ahli politik ini. Hampir keseluruhan tidak pernah menyarung jersi pasukan negeri mana2. Jaguh kampung barangkali. Perlukah mereka duduk di kerusi mereka sekarang ini dan mengeluarkan idea2 lapuk yang sudah di uji sebelum ini.

Jurulatih Malaysia, B. Sathianathan mengeluarkan kenyataan yang dia bersetuju dengan langkah ini. Katanya pemain Malaysia semakin menyamai kehebatan pemain import. Kite tidak memerlukan mereka. Sekiranya kite mempunyai pemain yang hebat seperti pemain import kenapa kite perlu takut dengan kehadiran pemain luar ini. Janganlah bercakap hanya untuk menjaga periuk nasi sendiri. Sepatutnya golongan yang lebih mengetahui dunia bolas sepak perlu memberi idea dan pandangan yang lebih. Bukan hanya menjadi belatuk menganguk sahaja.

Lihat sajalah apa yang akan berlaku selepas ini. Sepatutnya idea yang lebih lagi perlu dijana untuk memperkasakan kualiti bola sepak di negara ini. Janganlah kehadiran pemain import yang beberapa kerat dijadikan alasan kemunduran prestasi bola sepak negara. Seperti membaling batu sembunyi tangan. Salah sendiri tapi tidak mengaku. Dan jangan menjadi tin kosong yang kuat berbunyi tapi tidak mempunyai apa2. Contohilah seperti negeri Kedah yang mempunyai pengurusan yang baik dan pembangunan bola sepak mereka yang terurus. Majulah sukan untuk negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm