Wednesday, October 15, 2008

Sudah jatuh dihempap tangga

Ibarat pepatah melayu tersebut begitulah juga nasib Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP). Persatuan tersebut dikecam kerana mengalami masalah kewangan sehingga tidak dapat membayar gaji pemain-pemain mereka selama 6bulan. Apa sebenarnya kemelut yang telah melanda pasukan dari Pulau Mutiara ini. Pulau Pinang pernah satu ketika menjadi antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia. Kini masalah kewangan datang melanda pasukan ini. Berita tentang masalah kewangan dari setiap pasukan negeri tidak pernah padam untuk setiap musim.
Setelah dihimpit dengan masalah kewangan, FAP berniat untuk menarik diri dari Liga Malaysia. Tetapi tindakan yang berat akan diambil oleh FAM sekiranya FAP meneruskan niat mereka menarik diri. Adakah pertandingan bola sepak diMalaysia adalah satu paksaan. Sekiranya FAP terpaksa meneruskan pertandingan bagaimana dengan beban kewangan yang sedia dipikul oleh FAP sendiri. Sepatutnya pihak FAM sebagai badan induk bolasepak negara perlu menyiasat dan membantu bagaimana untuk meyelesaikan kes-kes sebegini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm


Thursday, October 9, 2008

Peluang mat rempit ke Paralimpik

Bekas-bekas mat rempit yang cacat akibat kemalangan atau kanak-kanak yang cacat akibat kemalangan atau bermain mercun akan diberi peluang untuk menjadi atlit orang kurang upaya kelak. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengarahkan semua Jabatan Belia dan Sukan(JBS) negeri menubuhkan persatuan sukan orang kurang upaya(OKU) untuk mengenal pasti bakat sukan dikalangan OKU.
Mereka yang mahu menjadi atlit OKU mestilah mempunyai bakat dalam sukan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan kelak. Terdahulu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah menyarankan 'mat rempit' yang cacat akibat kemalangan dan kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun disenaraikan sebagai OKU dan dilatih sebagai atlet paralimpik bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada negara.
Ini adalah satu langkah yang positif terhadap membela nasib golongan OKU ini dan membangunkan penglibatan golongan OKU ini didalam sukan sehingg ke peringkat tertinggi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive