Wednesday, October 15, 2008

Sudah jatuh dihempap tangga

Ibarat pepatah melayu tersebut begitulah juga nasib Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP). Persatuan tersebut dikecam kerana mengalami masalah kewangan sehingga tidak dapat membayar gaji pemain-pemain mereka selama 6bulan. Apa sebenarnya kemelut yang telah melanda pasukan dari Pulau Mutiara ini. Pulau Pinang pernah satu ketika menjadi antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia. Kini masalah kewangan datang melanda pasukan ini. Berita tentang masalah kewangan dari setiap pasukan negeri tidak pernah padam untuk setiap musim.
Setelah dihimpit dengan masalah kewangan, FAP berniat untuk menarik diri dari Liga Malaysia. Tetapi tindakan yang berat akan diambil oleh FAM sekiranya FAP meneruskan niat mereka menarik diri. Adakah pertandingan bola sepak diMalaysia adalah satu paksaan. Sekiranya FAP terpaksa meneruskan pertandingan bagaimana dengan beban kewangan yang sedia dipikul oleh FAP sendiri. Sepatutnya pihak FAM sebagai badan induk bolasepak negara perlu menyiasat dan membantu bagaimana untuk meyelesaikan kes-kes sebegini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm


2 comments:

red pineapple said...

dr sumber2 dipercayai... slh seorg org tertinggi dlm FAP telah pun melepaskan jawatan dr FAP.... apabila mslh timbul, suma nak kuar... untung nak kongsi... untuk pengurusan yg baik, bukan lari dr mslh, tp cr jln selesaikannya...

hizjah shaari said...

weh..bile nye nk update..hehe..sje nyibok..