Sunday, July 13, 2008

RM1 juta: Hentikan komen negatif - Atlet negara serba salah, bersedih

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_01.htm&arc=hive

Cuba kita fikirkan sebentar...


Apa salah mereka? Itu lah yang dapat saya katakan dalam hati biler terbaca tentang tajuk yang terpampang diakhbar tentang ganjaran yang akan diberikan kepada mereka sekiranya meraih emas pertama negara. Bukan salah atlit bile diumumkan kerajaan akan memberikan imbuhan yang tinggi sekiranya mendapat emas. Mereka tidak pernah meminta jauh skali menduga yang imbuhan setinggi ini akan diberikan. Kenapa mereka harus dihukum dengan kata2 yang negatif, dikutuk dikeji. Inilah masalah pemikiran rakyat malaysia yang kebanyakan bersikap mementingkan diri sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik kite seharusnya menyokong atau setidak-tidaknye memberi idea sekiranya tidak bersetuju dengan jumlah imbuhan. jangan lah diletakkan beban ke atas mereka. Atlit ini bukan berlatih sehari dua untuk layak ke peringkat olimpik. Berbulan malah bertahun mereka berusaha dengan bersungguh untuk layak. Olimpik mempunyai class yang sgt tinggi. Yang terbaik diantara terbaik sahaja yang akan beraksi di sukan tersebut. Saya percaya setiap rakyat Malaysia pernah terlibat didalam sukan semasa mereka kecil atau diperingkat sekolah. Setiap orang pernah merasa bagaimana menjadi seorang ahli sukan. Kita juga pernah merasa untuk mengimpikan berada disukan yang tertinggi didunia. Setiap atlit kita yang bertanding membawa 27juta harapan rakyat. Ini bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. 220 buah negara yang akan menyaksikan bendera Malaysia berkibar di Beijing sekiranya atlit kita memenangi pingat emas. Saya sangat setuju itulah imbuhan yang layak diberikan kepada mereka sekiranya berjaya kelak. Kite jangan membandingkan dengan negara2 yang memberi imbuhan yang agak kecik sedikit seperti korea, rusia atau negara besar yang lain. Mereka negara2 yang sering memenangi pingat. Tidak seperti negara2 Asean yang jarang memenangi pingat. Inilah salah satu 'extrensic motivation' kepada atlit2 Malaysia. Seperti Singapura yang juga akan memberi imbuhan S$1 juta (rm2.5juta) kepada atlitnya yang berjaya memenangi pingat emas. Harapan saya janganlah diperbesarkan atau dikritik atlit kita tetapi mereka ini harus disokong dan disanjung untuk membawa nama negara kita Malaysia di mata dunia...sokonglah Malaysia disukan Olimpik Beijing 2008!!!

2 comments:

aiShaH said...

you need to write a little bit about this article..

lincah_kadok said...

chayok2.....