Tuesday, July 29, 2008

Makmal uji atlit wanita tulen

Dengan kehebatan teknologi perubatan masa kini segala yang mustahil mampu dilakukan. Dari pembedahan jantung robot, pembedahan plastik hinggalah kepada perubahan menukar jantina yang semakin mendapat sambutan golongan transeksual masa kini. Malah pembedahan sebegini memberi peluang untuk golongan ini mengambil peluang untuk berjaya dalam sukan malahan menipu dengan memasuki kategori wanita. Dengan itu sebuah makmal untuk menguji atlit wanita yang pertama kali akan diadakan di Sukan Olimpik Beijing 2008 nanti.

Makmal ini adalah untuk menguji ketulenan jantina atlit wanita yang bertanding di Beijing untuk mengelakkan sebarang kontroversi dan penipuan sesebuah negara untuk meraih pingat. Pihak jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing bersedia lebih awal untuk mengelakkan sebarang kontroversi dan kejadian yang boleh mencemarkan imej sukan olimpik. Jawatankuasa ini juga akan menjalankan ujian dadah kepada setiap atlit yang akan bertanding nanti.

Diharap tiada mana2 negara yang tersalah menghantar atlit wanita mereka dan setiap negara juga perlu membuat ujian ini sebelum mengesahkan atlit mereka yang akan bertanding. Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan Ilahi kepada setiap umatnya. Janganlah diubah segala apa yang telah ditetapkan untuk diri kita.

2 comments:

yokohamarinos said...

mcm2 da... makmal uji wanita tulen.... patut buat sokan khas utk jantina cmni.... mcm istimewalympic...

aiShaH said...

Sebba kecanggihan teknologi macam-macam perkara boleh terjadi.. tu sebabnya terpaksa wujudkan makmal untuk pengesahan jantina.. apa nak jadi dgn dunia kini??