Tuesday, September 16, 2008

Berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah

Niat dihati bukanlah untuk memperkecilkan negara kecil di Eropah ini. Slovakia menjadi pilihan pasukan bola sepak Malaysia untuk mengadakan siri ujian bersama 2 kelab liga perdana dan 3 kelab liga divisyen satu Slovakia. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya adakah pasukan negara kita memperoleh nilai kebaikan yang tinggi dari siri ujian persahabatan ini.
Modal yang akan dilaburkan untuk pasukan negara kita kesana dijangka tinggi. Adalah lebih baik jika pasukan negara mencari negara yang lebih baik seperti Korea, Jepun atau Arab Saudi. Negara-negara ini sememangnya mempunyai kelab-kelab bola sepak yang telah menguasai kelab Asia yang lain.
Selain perbelanjaan yang lebih rendah, mutu bola sepak yang diperolehi adalah lebih baik. Adalah tidak berguna sekiranya pasukan negara mampu menang besar keatas kesemua kelab-kelab Slovakia ini tetapi pasukan negara masih ditakuk lama. Lebih baik bermain bersama kelab-kelab ternama walaupun keputusan yang diperolehi mungkin agak mengecewakan. Dari situlah kita mampu mengenal pasti kelemahan setiap pemain negara yang akan membawa cabaran di kejohanan Pesta Bola dan Piala Suzuki nanti.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

No comments: