Tuesday, September 23, 2008

Pelumba bermasalah

Pelumba A1 GP negara, Fairuz Fauzy berjaya memecahkan rekod legenda Formula Satu, Ayrtons Senna di Donington Park, London, minggu lalu. Rekod baru di litar tersebut ialah 1 minit 17.474 saat atau satu saat lebih pantas berbanding yang dicipta mendiang Senna 15 tahun lalu. Rekod lama bekas pelumba handalan dunia yang dicipta di lokasi yang sama pada tahun 1993 ialah 1 minit 18.029 saat. Fairuz yang diminta mengulas kejayaan itu begitu gembira degan rekod tersebut tetapi dia tidak langsung mensasarkan untuk memecahkan rekod tersebut.
Fairuz yang juga turut bersaing dalam Siri Dunia Renault menampakkan Malaysia sekali lagi bakal menghantar wakil mewakili mana-mana pasukan formula satu kelak. Kejayaan demi kejayaan dicipta Fairuz untuk membuktikn dirinya benar-benar layak untuk memandu kereta formula satu. Tetapi apa yang agak dikesalkan adalah masalah kewangan yang terpaksa dihadapi pemandu berbakat ini. Tidak seperti sukan lain yang mempunyai dana bantuan yang besar, Fairuz mengakui tidak mendapat sokongan kerajaan dan syarikat swasta untuk menaja beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Seharusnya bantuan-bantuan keatas sukan sebegini dikaji kerana kita mempunyai ramai pelumba-pelumba yang berbakat besar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_03.htm&arc=hive

No comments: