Tuesday, September 9, 2008

Bukan sukan kelas kedua

Ramai yang sedia maklum tentang berakhirnya Sukan Olimpik di Beijing seminggu lebih yang lalu. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang menyedari tentang bermulanya Sukan Paralimpik yang baru bermula pada 6 September yang lalu. Sukan Paralimpik ini telah masuk hari 3 sejak dirasmikan pada hari Jumaat yang lepas. Malah ada dikalangan peminat2 sukan mahupun pelajar sukan yang tidak tahu langsung tentang sukan ini.
Sukan Paralimpik seperti juga Sukan Olimpik mempunyai kelas yang sama. Kedua2 sukan ini melibatkan penyertaan dari peserta yang dianggap terbaik dari yang terbaik. Cuma atlit2 yang menyertainya sahaja merupakan atlit kurang upaya. Sesuatu yang dikecewakan adalah kurangnya publisiti atau rangkuman berita tentang atlit paralimpik kita yang beraksi, siapakah mereka dan apakah acara serta rekod terbaik mereka sehingga mereka mampu untuk membawa nama negara ke Beijing. Dengan cara ini juga secara tidak lagsung kita memberi mereka sedikit motivasi dan sokongan untuk mereka memberi yang terbaik mengharumkan nama negara.

5 comments:

aiShaH said...

Kena difikirkan... mmg betul bukan sukan kelas kedua! Mereka nie kadang berlatih pun dalam serba kekurangan tapi berjaya membawa balik pingat apabila menyertai sesuatu kejohanan

yokohamarinos said...

sukan ini sama taraf.... cuma mereka kurang diberi perhatian.... sebab pihak atasan xpernah sedar benda ni, sebab xjd kt dorg atau ahli keluarga dorg....

Muhammad RELA said...

OKU is more better than normal athletes.Jom kita support diorang nak tak?jom cari kursus jurulatih sukan OKU.

aQu daN SesuAtu said...

btl x blh ktkan kls ke2...
latihn sama...
peluh kuar sama...
masa di peruntukan sama...
wang d peruntukan sama...
cuma beza jenis sukan...
dan orng yang maen...

GAYA ASPIRASI YAKIN said...

sori sbb lmbt bg komen, sebenarnya sy baru jer intai blog ni. so, sy nk ucap thanks a lot kpd semua yang meminati sukan paralimpik nie, nak info lanjut, sila ke www.paralimpikpenang.blogspot.com, k, roger

HAFIZ KASSIM