Wednesday, July 16, 2008

Asia idam emas Olimpik selepas 100 tahun

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0716&pub=utusan_malaysia&sec=sukan_luar_negara&pg=sl_07.htm&arc=hive

Bola sepak merupakan permainan yang paling diminati didunia. Sukan ini menjadi sukan nombor satu didunia dengan mempunyai pengikut yang paling ramai didunia. Tidak hairanlah sukan ini menjadi sukan favorite disetiap temasya sukan baik diperingkat kebangsaan mahupun di peringkat dunia seperti sukan olimpik.

Acara bola sepak di sukan olimpik menjadi tumpuan kerana hampir setiap pasukan yang layak ke piala dunia menyertai acara ini di Beijing ini. Sukan ini telah berkembang maju di benua eropah,amerika utara dan selatan malah diperingkat Asia. Sukan ini berkembang menjadi sebuah industri perniagaan yang sangat menguntungkan. Tetapi setelah 100 tahun sukan olimpik dipertandingkan tidak pernah sekali pun negara asia memenangi pingat emas di sukan olimpik mahupun piala dunia.

Apa yang terjadi kepada pemain-pemain dari asia? Hampir setiap negara diasia telah mempunyai liga professional mereka seperti juga di eropah atau amerika. Telah ramai pemain-pemain asia yang berhijrah ke kelab-kelab gergasi di eropah dan amerika. tetapi diperingkat antarabangsa pasukan asia masih lagi tercicir untuk mengecap pingat emas di olimpik. Pasukan terbaik di Asia, Jepun dan kini Australia dilihat mampu untuk menyaingi pasukan handalan dunia yang lain. Tidak ketinggalan juga pasukan tuan rumah China yang mempunyai beberapa pemain yag bermain diperingkat eropah.

Tetapi mampukah pasukan-pasukan ini membuktikan kejaguhan mereka di jika olimpik nanti atau kita akan menunggu lagi 100 tahun untuk menyaksikan pasukan dari asia memenangi pingat emas. Jika dilihat dari segi fizikal, pasukan asia tidaklah jauh dari pasukan benua lain. Malah kemahiran pemain-pemain ini juga dapat menandingi pasukan lain. Apa yang boleh dipelajari mungkin pengurusan dan program pembangunan sukan yang lebih maju dieropah berbanding Asia. Walau apapun diharap pasukan dari Asia dapat membuktikan sesuatu di Beijing ogos nanti dan menjadi kuasa bola sepak dunia suatu hari nanti.


1 comment:

aiShaH said...

Kita tunggu dan lihat.. sebenarnya org asia ni serba boleh.. mungkin kurang mental preparation kot.. kena buat study nie