Friday, July 18, 2008

Starbucks di ipta??

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Kehidupan barat telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. Pada zaman dahulu kedai2 kopi menjadi tempat lepak orang-orang berumur dikampung. Kini kebanjiran coffee house mengambil tempat dihati pemuda-pemudi yang tidak ingin ketinggalan zaman. Kafe seperti starbucks, coffee beans, glorian jean dan dome dibuka merata2 tempat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Menu dan stail yang dipamerkan menarik minat penggemar dan peminat kopi moden untuk mengunjungi kafe sebegini.

Apakah kelebihan kafe-kafe sebegini dan persoalannya mengapa kerajaan ingin membenarkan kafe2 ini beroperasi di ipta. Bagaimana dengan kafe2 yang dimonopoli golongan bumiputera di kafe yang sedia ade di dalam ipta. Dengan hanya melihat kemudahan wifi yang disediakan di kafe ternama ini janganlah dijadikan alasan untuk membawa mereka ke dalam ipta. Tidakkah kerajaan berfikir tentang harga minuman yang dijual dikafe ini jauh lebih mahal. Kos minuman semurah Rm10 adalah merupakan satu pembaziran kepada pelajar semata-mata ingin menggunakan perkhidmatan wireless. Dan adalah tidak wajar jika alasan pelajar berminat melepak dikafe seperti ini untuk menggunakan internet digunakan. Adalah lebih baik pihak universiti sendiri memasang perkhidmatan wifi ini disetiap kafe didalam ipta. Masalah ini mungkin tidak berbangkit jika kafe seperti ini dibuka di ipts seperti sunway college, taylor atau Lim Kok Wing kolej. Kerana majoriti pelajar disana terdiri dari golongan kaya dan senang. Pelajar yang kebanyakan melepak dikafe2 ini diluar juga kebanyakan adlah pelajar dari ipts ini.

Sebelum sesuatu keputusan dibuat haruslah diteliti kebaikan dan keburukan keputusan itu. Janganlah hanya memikirkan keuntungan beberapa pihak tetapi mengabai kebajikan pelajar. Hampir 90% pelajar ipta bergantung kepada pinjaman ptptn. Dan adalah lebih elok duit itu digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah dan pelajar menggunakannya untuk mendapat makanan yang lebih berkhasiat.

2 comments:

lincah_kadok said...

ari tu aku ada dgr yg projek utk buat kafe di ipt.siap masuk dlm bicara siswa lagi, kat tv1. taukey ye org bumiputera. projek tu ntah mcm mane la skang. dah jalan ke cancel pun x tahu.

aiShaH said...

Dengar juga isu ni tapi tak tahu jadi ke tidak