Tuesday, July 29, 2008

Panas...memang panas.....!!!

Dunia hiburan di Malaysia sebelum ini pernah digegarkan dengan berita kehadiran artis pujaan kaum adam di Indonesia. Sape lagi kalo bukan penyanyi dangdut gerudi Inul Daratista yang akan mengadakan tour konsertnye bermula di Johor Bahru. Namun disebabkan oleh beberapa bantahan pihak tertentu yang membantah aksi panas Inul di Malaysia, konsert tersebut terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir. Tetapi pembatalan tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka Inul setelah dia tiba di Malaysia setelah melalui jadual konsert yang sangat padat di indonesia.

Malam kelmarin sekali lagi berita pembatalan Inul kembali menghias dada akhbar selepas turut mendapat bantahan untuk inul beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil. Konsert yang sebelum ini mendapat green light terpaksa dibatalkan atas desakan pihak tertentu dan disertakan surat dari pihak polis untuk tidak membenarkan konsert tersebut atas sebab keselamatan.

Agak menjadi tanda tanye mengapa pihak penganjur masih bersusah payah mengadakan konsert ini sedangkan rancangan sebelum ini telah mendapat bantahan banyak pihak. Genre yang dibawakan Inul iaitu dangdut memang tidak salah tetapi cara pembawaan dan gaya ketika menyanyikan lagu dangdut tersebut yang begitu panas dan merangsangkan tidak dipersetujui banyak pihak. Bukanlah adat kite untuk mengagung-agungkan kedatangan artis sebegini yang lebih kepada negatif berbanding positif.

Diharap pengangjur2 yang ingin membawa artis2 luar lebih faham dan mepunyai sensitiviti yang tinggi tehadap masyarakat di Malaysia ini. Kerajaan Malaysia masih lagi ketat mengawal kebanjiran artis luar yang ingin mengadakan konsert di Malaysia supaya lebih bersikap sopan dan menghormati rakyat negara ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Rap/20080728094814/Article/index_html

1 comment:

aiShaH said...

Bnayak benda kena di teliti sebelum membawa sesuatu perkara/benda ke Malaysia.. Adakah sesuai dgn budaya dan adat resam kita.. semua ni kena difikirkan bukan untuk cari keuntungan semata-mata