Monday, August 11, 2008

Kite semakin ke belakang

Terkejut..itulah reaksi pertama diri ini selepas terbaca akhbar 3 ogos yang lalu. Sebagai orang yag terlibat dengan sukan dan akan menceburkan diri dalam bidang sukan di Malaysia ini, tindakan tersebut menampakkan negara kita ini seperti hilang punca. Ape yang cuba saya bincangkan disini adalah keputusan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) tidak lagi membenarkan pemain import menyertai Liga Malaysia untuk musim 2009 nanti. Apakah keputusan ini wajar atau kita terdesak untuk menaikkan taraf bola sepak kita.

Langkah yang sama pernah diambil FAM sebelum ini. Apa yang terjadi, Liga kita suram dan pemain tempatan masih tenggelam dengan permainan yang membosankan dan tidak bertenaga. Semakin jauh kebelakang ranking kita didalam FIFA. Semakin ramai peminat bola sepak menjauhkan diri ke stadium. Seperti tiada idea lain, keputusan ini sekali lagi dibuat. Apa yang difikirkan oleh pegawai-pegawai FAM yang kebanyakan ahli politik ini. Hampir keseluruhan tidak pernah menyarung jersi pasukan negeri mana2. Jaguh kampung barangkali. Perlukah mereka duduk di kerusi mereka sekarang ini dan mengeluarkan idea2 lapuk yang sudah di uji sebelum ini.

Jurulatih Malaysia, B. Sathianathan mengeluarkan kenyataan yang dia bersetuju dengan langkah ini. Katanya pemain Malaysia semakin menyamai kehebatan pemain import. Kite tidak memerlukan mereka. Sekiranya kite mempunyai pemain yang hebat seperti pemain import kenapa kite perlu takut dengan kehadiran pemain luar ini. Janganlah bercakap hanya untuk menjaga periuk nasi sendiri. Sepatutnya golongan yang lebih mengetahui dunia bolas sepak perlu memberi idea dan pandangan yang lebih. Bukan hanya menjadi belatuk menganguk sahaja.

Lihat sajalah apa yang akan berlaku selepas ini. Sepatutnya idea yang lebih lagi perlu dijana untuk memperkasakan kualiti bola sepak di negara ini. Janganlah kehadiran pemain import yang beberapa kerat dijadikan alasan kemunduran prestasi bola sepak negara. Seperti membaling batu sembunyi tangan. Salah sendiri tapi tidak mengaku. Dan jangan menjadi tin kosong yang kuat berbunyi tapi tidak mempunyai apa2. Contohilah seperti negeri Kedah yang mempunyai pengurusan yang baik dan pembangunan bola sepak mereka yang terurus. Majulah sukan untuk negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

1 comment:

yokohamarinos said...

kita tidak perlu takut dengan kehadiran pemain import ini... amik semua ni dengan cara yg positif... amalkan persaingan sihat... sma2 meningkat maju...