Thursday, August 14, 2008

Malaysia tumpuan Asia Barat

Jika bersiar2 disekitar Bintang Walk pada bulan Julai sehingga September kita akan merasa seperti beada di negara Teluk. Ini kerana kebanjiran pelancong-pelancong dari negara Asia Barat yang semakin ramai mengunjungi negara ini setiap tahun. Malah terdapat sebuah jalan di Bukit Bintang yang telah diberikan nama Arab street untuk menarik minat pelancong ini berbelanja di Malaysia.

Kehadiran pelancong ini telah memberikan impak yang sangat positif kepada sektor pelancongan negara kita. Golongan pelancong dari Asia Barat ini merupakan golongan pelancong yang sanggup berbelanja mewah dinegara kita. Kebanyakan mereka sekarang berasa selesa untuk bercuti kerana merasakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dan mudah untuk mereka mencari makanan halal serta keindahan tempat2 pelancongan di Malaysia.

Walaupun banyak yang telah diusahakan pihak kerajaan unutk memajukan industri pelancongan, masih terdapat sedikit kecacatan di dalam sistem pengankutan awam di Malaysia. Kebanyakan pelancong mengeluh dengan sistem kemudahan yang tidak selesa dan agak menyusahkan. Bukan sahaja kepada pelancong asing, malah rakyat negara ini sendiri sudah jemu dengan masalah yang seperti tiada penyelesaian. Diharap kerajaan lebih peka dengan isu semasa ini kerana masih ramai lagi masyarakat yang masih bergantung kepada pengangkutan awam ini.

1 comment:

lincah_kadok said...

aha la kan.. sedih betol tgk pengangkutan awam kita, train-teksi-bas-feri-beca-prebet sapu... semua tu rakyat kita semua pkai utk kegunaan seharian.. stakat ni x da lagi penambahbaikan ke atas perkhidmatan awam tersebut. kecuali menambah dan menaikkan harga petrol dan juga diesel. tidak lupa juga harga NGV yg biasa ye dipakai oleh teksi2.... baik bagi aku je jadi menteri pengangkutan... boleh x wan?hehehe