Friday, August 29, 2008

Siapa lagi hebat??

Pada 23hb Ogos yang lepas berlabuhlah tirai liga bolasepak di Malaysia apabila pasukan Kedah sekali lagi memenangi Piala Malaysia untuk 2 tahun berturut2. Malah pasukan yang deberi jolokan Kenari ini membuktikan mereka terbang dengan sangat tinggi apabila berjaya menyapu bersih ketiga2 piala utama iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Juara Liga Super untuk tahun kedua berturut2.
Pada musim 2009 nanti Liga Malaysia mengalami perubahan kerana pemain import tidak lagi dibenarkan untuk bermain dalam liga tempatan. Keputusan ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana keputusan yang sama pernah diambil sebelum ini yang menyaksikan sukan bolasepak negara mengalami kemurungan.
Apa yang hendak diperkatakan adalah kejayaan jurulatih tempatan seperti Azraai Khor dan Dollah Salleh yang mampu membimbing pasukan masing. Adakah kejayaan tersebut hasil bantuan dari pemain import semata2 atau pengurusan yang sangat bijak oleh kedua jurulatih ini. Pada musim 2009 nanti kita akan dapat melihat sejauh manakah kedua2 jurulatih ini mampu membawa pasukan masing2 seperti sekarang atau ketandusan idea akibat ketiadaan pemain import. Sama-sama kita nantikan..

1 comment:

lincah_kadok said...

nanti mesti ramai muka2 baru dlm arena bola sepak kita.. kepada kengkawan yg pndi main bola, try la pegi utk selection musim hadapan...mana la tahu korg boleh jadi star.. :D