Friday, August 29, 2008

TARIKH YANG DILUPAKAN (sekadar renungan)

Bagi warga Uitm apakah yang terpenting pada tarikh 26 Ogos tahun 1999. Mungkin tidak ramai yang tahu pada tarikh inilah Institut Teknologi Mara(ITM) menukar namanya kepada Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) diisyhtiharkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad. Adakah pengisytiharan nama ini tidak memberi sebarang erti kepada UiTM yang sudah wujud hampir 52 tahun bermula sebagai Dewan Latihan RIDA.
Seperti yang kita sedia maklum tiada sambutan mahupun sebarang peringatan terhadap tarikh ini malah hampir keseluruhan warga UiTM tidak mengingati dan mengetahui tentang pengisytiharan ini. Tarikh ini merupakan sebahagian dari sejarah UiTM yang telah banyak melahirkan graduan yang kini memegang jawatan penting didalam kerajaan dan syarikat gergasi. Apakah salahnya sekiranya satu acara memperingati diadakan sambil kita meraikan festival kemerdekaan dipadang kawad UiTM.
Diharap rencana ini dapat memberi pengetahuan kepada kita sebagai warga UiTM tentang sejarah2 penting UiTM. UiTM dihatiku....


1 comment:

Elizabeth said...

hehe thanks! maklumat ni i langsung tak tau before this! sebab terlalu pandang bende2 yang lebih penting mcm ptptn jer hahah tapi , yang ini i akan igt! apa kata u cari lg info2 mcm ni lg ok? sgt berguna..